Trip kali ni Wanee nak post tentang percutian wanee ke Surabaya, Indonesia. Wanee selalu je pergi Indonesia, Wanee dah pergi Bandung, Jogjakarta, cuma kalini nak merasa angin dekat Surabaya pulak. Bercuti kat Indonesia ni best tau sebenarnya, sebab bahasa dia lebih kurang macam bahasa kita je. mata wang dia pun dah kenal, so takdelah istilah tersilap ke tertukar ke ter ter ter lah.. kadang-kadang pening juga sebab beribu-ribu tuuuuu duit dia. juling mata I nengoknye. hehehe. so cuti midsem pun bakal menjelang, jadi marilah kita merehatkan minda daripada stress belajar. mula mula sebenarnya tak tahu nak pergi mana lepastu bila scroll-scroll dekat Facebook, ada orang buat review percutian dia kat Surabaya, tengok tempat dia pergi pun macam menarik je. so Wanee pun decide lah nak pergi Surabaya. Trip kalini boleh dikatakan family triplah sebab kiteorang pergi ramai, 8 orang semuanya termasuk Wanee.
Setiap kali nak pergi bercuti, penerbangan yang wanee akan pilih semestinya Air Asia, sebabnya Air Asia always buat promotion, kalau kena dengan tarikh yang kita nak pergi lagi best tauuuu. Wanee booking tiket flight 3 bulan sebelum pergi. and alhamdulillah, harga dia pun sangat berpatutan, pergi balik cuma RM250/person. kira murah la tu kan untuk pergi balik. lagipun wanee amek weekdays, hari Khamis sampai Isnin 4H3M. kalau amek weekend lagi mahal rasanya.
jadinyaaaa marilah ikuti pengembaraan wanee ke Surabaya, Indonesia.
Ni je yang wanee bawak. Huhuhu. |
15/9/2017
pagi tu bangun kemain awal, yela excited nak naik balooooon (kapal terbang). pagi tu jugak menyempat lagi nak masukkan makanan dalam beg, wanee bawak beg travel je, senang. baju pun tak bawak banyak sangat, sebab handcarry hanya boleh 8kg/person. bangun je pagi tu terus siap-siap mandi semua. pukul 10 pagi tu gerak dari rumah ke KLIA2 dengan menaiki grabcar sebenarnya, tapi grabcar last minutes cancel pulak. aduhai, main main laaa. dia ingat kita ni main-main apa. so terpaksalah call teksi biru yang mahal tu. kat sini dah lari bajet. bajet sebenar untuk grabcar RM70.00. disebabkan ganti dengan teksi, harga untuk pergi ke KLIA2 dari rumah menjadi RM120.00.
sampai je KLIA2 pukul 11.30pagi, terus check in luggage. so ayah wanee pun beratur di kaunter U4 untuk check-in. untuk luggage, family wanee amek 60kg punya untuk pergi balik. time pergi tu total timbang semua luggage cuma 30++kg je. tak berat mana pun. yang beratnya masa balik nanti, sampai tak cukup kg kena handcarry.
Kaunter untuk check-in luggage. |
beg masa pergi tak banyak mana pun, yang
kat gambar bawah ni je. beg untuk 8 orang punya barang, macam wanee bawak beg
sendiri, cuma tumpang beg ayah letak perfume & barang-barang cecair je.
mula mula ingat boleh letak powerbank dalam luggage, sekali tak boleh daaaaa.
terpaksa la bukak balik luggage tu.. dah ler ramai orang kat situ, adeh.
Ni beg untuk 7 orang lagi tu. |
Yeyyyyyyyy |
lepas je check-in, terus masuk dalam.
almaklumlah, KLIA2 sekarang ni kan besor, takut pintu gate kami nun jauh di
hujung dunia tu. untuk amek jalan selamat, kami pun masuklah awal. flight pukul
1.30pm, pukul 11.50am dah masuk. risau juga takut lama nanti nak check passport
lah apa lah. disebabkan dari rumah tak makan apa pun, singgahlah kat dalam tu
beli Dunkin Donut, beli air je. sebab ingat nak makan dalam flight je nanti.
makan dalam flight memang mahal, nasi
lemak dia je RM20, air mineral je RM4. tu biasa la kannnn. lepas makan je tido
huhuhu, perjalanan dari Malaysia ke Surabaya selama 2jam45minit.
So yummy! |
PAK SUPIR (JETBUS)
sampai je kat airport Juanda, Surabaya dalam pukul
4.30pm waktu Indon (lambat sejam dari Malaysia), ada supir amek & bawak ke
hotel. mula-mula tak kenal yang mana satu, nasib baik pak supir ni bijak, dia
tulis nama "Cik Wanee (Malaysia)" huhu rasa cam artis pulak. supir ni
wanee cari dekat internet je. wanee cari yang van sebabnya kami ni ramai, kalau
kete biasa tak muat. van dia pun cantik gakkkkk. harga pun cantik. wanee amek
supir ni untuk 4hari sampai balik, bagi yang biasa pergi bercuti dekat Indon
& yang biasa amek supir, diaorang mesti tahu prinsip ni.. kalau kita amek
supir, makan minum dia sepanjang hari memang kita yang support. takkan dia nak
tengok kita makan je kan, lagipun dia memang baik, rajin... tiap kali nak naik
van mesti tolong bukakkan pintu. orang Indon ni memang berbudi bahasa sebab tu
wanee suka pergi sana.
GRAND DARMO SUITE HOTEL
hotel yang wanee duduk ni boleh dikatakan
hotel 4 bintang lah juga, kawasan dia strategik. dekat dengan bandar, dengan
tempat makan, turun je bawah hotel tu ada taman bunga.. tapi tak sempat pergi
pun. kami booking 4 bilik, 1 bilik tu 2 orang. total harga untuk bilik sahaja
selama 4hari dekat sini lebih kurang RM4300++ camtu.. mahal tak mahal la
kannnnn, nak sangat duduk hotel mewah. untuk booking hotel ni, wanee cari dekat
Trivago. ok meh tengok wanee review hotel ni.
MAKAN MALAM DI "RAWON SETAN"
malam tu kami pergi makan dekat kedai yang
namanya menakutkan la jugak "RAWON SETAN" hahahaha seramkan nama dia,
nak makan pun jadi takut. sebenarnya makanan utama dia adalah nasi putih,
sambal belacan, tauge dan sup lembu. warna sup dia kemain hitam, takut betul
nak makan. tapi memang sedaplah. minum pulak dengan "Es Jeruk" uishhhh memang padu. dahla pedas, air limau dia pun sedap. harga untuk satu set Rawon dalam RM7. nak cari makanan halal kat sini boleh tahan
payah jugak, lagi satu kedai diaorg ni selalu tutup awal, pukul 9malam dah
tutup..
disebabkan terlalu panjang, kita sambung di next post ya....