gambar ni di ambil masa keluar nak gi cari makan malam. |
kenapa Wanee pilih Morib Gold Coast Sepang? sebabnya ni semua penangan viral. diaorang kata kat sini best, ada waterpark. so nak try lah jugak kan best ke tidak. saje nak bercuti hujung minggu takde buat apa kan? jadinya, ajaklah family pergi bercuti walaupun tak jauh mana dari rumah. perjalanan dari rumah mengambil masa 1jam 15minit (waktu perjalanan mengikut waze) untuk sampai ke destinasi. Wanee gerak agak petang so sampai sana dah malam. tak dapat nak mandi manda, niat tu simpan untuk besok hari je.
Lobby Morib Gold Coast.
so sampai je sana, parking, angkut beg & terus pergi lobby untuk check-in bilik. sempat selfie lagi sebab menunggu nak check-in ni pun dah nak dekat sejam. sebab apa nak tau dak? sebabnya kami pi hari Sabtu, weekend kan memanglah ramai semacam je. so tunggu jela. lobby dia memang cantik, kerusi kerusi dekat situ dia letak kerusi kayu yang macam kayu jati tu. kerusi pun banyak. staff dia pun cantik-cantik, comey-comey hehe. so far oklah, Wanee bagi 4 bintang untuk lobby dia. sambil sambil tu Wanee borak jugak dengan aunty sebelah Wanee tu, tapi cina lah. tanya jugak dia datang sini buat apa, then dia cakap datang Gold Coast ni sebab nak mandi je. dalam hati aku *samalah kita* kehkehkeh. then disebabkan dah malam, sampai je bilik terus mandi & rehatkan badan (macamlah penat sangat). malam tu masing-masing kelaparan, jadi kami keluar sekejap pergi cari makanan, tapi tapaw je. sebab masing masing mengantuk, nak makan kat hotel. ikutkan aje lah hehehe.
Review Bilik + Tiket Water Themepark.
maaf ler, gambar ni sumber dari google. tapi bilik yang Wanee dpt memang sebijik mcm ni, I tau la I yang pergi. hehe. |
![]() |
ha ni pun sumber google, maaf tak sempat nak amek gambar. excited nak mandi dalam Jakuzi ni je. |
Wanee amek 2 bilik Studio Suite which is dua dua bilik ni ada private Jacuzzi yang sememangnya best, + dengan 4 tiket masuk water themepark tau. harganya cuma RM230++ untuk 2D1N. Wanee booking ni dekat Trivago, so dapatlah murah sikit. kalau walk-in lagi mahal rasanya. tak pernah cuba pulak beli walk-in. kalau korang nak pergi, it's better beli online & kena rajinlah check, kekadang murah kekadang mahal. its depend. rezeki masing masing. dan tiket ni pun include breakfast untuk 4 orang tau (1 bilik 2 orang) so still rasa murah, lagi lagi Wanee amek weekend. memang berbaloi beb! Wanee dapat tingkat 2 which is bilik Wanee menghadap water themepark, memang cantik view dia. untuk kebersihan bilik pulak, bagi Wanee oklah. cuma TV dia tak banyak siaran, dan berhabuk sikit dekat dalam almari and TV semua tu. sepatutnya diaorang kenalah jaga kebersihankan.. mujurlah ada Jakuzi yang bessssst hehehe, feeling-feeling omputeh time mandi. poyo sangat.
![]() |
sumber internet. |
Cantikkan view dari bilik Wanee? menghadap waterpark. ruang balconi dia pun luas & selesa untuk rehat. ada meja bulan & 2 kerusi.
Breakfast di Morib Gold Coast.
bangun je terus siap siap pergi breakfast dengan pakaian mandinya. untuk breakfast dia dah include skali dalam harga bilik, kalau nak add on kena tambah RM23 tak silaplah. makanan dekat sini sedap sedap, kalau bagi je Wanee memang semua Wanee rasa. yelah, buffet kan, boleh je makan semua sampai lah puas. kang lapar pulak, sebab lepas je breakfast nak terus terjun masuk waterpark. haha excited sangat macam budak budak. ish ish. makanan untuk breakfast kat sini memang superbbbb bestlah! macam macam ada, kalau weekend memang ramai so memang turun awal nak breakfast. ada Nasi Lemak, Nasi Goreng, Roti Bakar, buah-buahan, puding & macam macam lah. makanlah sampai kenyang. takde orang marah pun, sampai staff tu pun pening tengok Wanee asik ulang alik amek makanan je, biarlah. kita bayar kan hehehe. siap ada Dim Sum tau, panas panas pulak tu dia hidangkan. lepas je dari isi perut pagi tu, aktiviti seterusnya adalah mandi.
Water Themepark.
nak cakap best sangat pun tidak, sebab waterpark kat sini sebenarnya more to kolam budak budak which is tak berapa nak dalam & permainan dia pun kebanyakkannya gelonsor untuk budak budak je. kalau datang bawak family yang ada anak anak kecik tu ha sesuai ler. kalau macam Wanee ni tak berapa sesuai kot sebabnya kami takde adik kecik, so sad. huhu.
seperti yang sedia maklumlah macam biasa, kalau masuk je waterpark ni kita tak boleh bawak masuk makanan luar sebab kat dalam dah ada kedai. alah macam tak biasa pulak sorok sorok dalam beg. tspi kami tak buatlah sebabnya kami pun takde makanan, hahahaha. tapi jangan risau, kat sini jugak ada sediakan kedai-kedai makan, ada jugak kedai yang jual pelampung untuk budak kecik, kedai buah-buahan & macam macam lah.
lepas je siap mandi, naik bilik & terus siap siap nak balik. thats all untuk percutian kalini, tak berapa nak panjanglah. sebab kami bercuti ni pun tak lama. selamat membaca ya kawan-kawan.

gambar dari handphone Wanee. |

penat dah mandi, rehat jap. |
lepas je siap mandi, naik bilik & terus siap siap nak balik. thats all untuk percutian kalini, tak berapa nak panjanglah. sebab kami bercuti ni pun tak lama. selamat membaca ya kawan-kawan.