Post kali ni cerita time Wanee bercuti di Krabi, Thailand. sebenarnya bercuti dah lama. tapi kalini baru nak share pengalaman dekat sana. Krabi ni sebenarnya menjadi tempat tumpuan orang ramai. kalau nak honeymoon pun boleh kat sini. berdebar-debar ni nak share, so enjoy.
TERBANG BERSAMA AIR ASIA
macam biasa, post sebelum ni pun Wanee ada cakap yang pilihan penerbangan Wanee untuk pergi melancong adalah Air Asia. sebenarnya banyak manfaat tau kalau amek Air Asia ni, salah satunya adalah harga dia yang sangat berpatutan. kalau register as a members lagi best, Air Asia selalu buat promosi. ada yang sampai RM0.20 untuk penerbangan domestik. bestkan? tapi kena sentiasa rajin check online lah. ok, untuk booking tiket flight ke Krabi, Wanee booking beberapa bulan sebelum pergi, harga untuk return/person hanya RM230. harga ni termasuk luggage untuk 20kg & makan dalam flight (which is nasi lemak & mineral water). Wanee pergi Krabi selama 3hari 2malam, tak lama pun.. takleh lama lama sebab pergi pun time ada class, tu pun terpaksa skip hehehehe. Wanee pergi sana dari 7 September - 9 September 2016. Wanee pergi dengan mama, ayah & abang Wanee. kami berempat je.
7 SEPTEMBER 2016
Disebabkan flight ke Krabi pukul 7.15pagi, jadi pukul 3.00pagi dah bangun & siap siap. Wanee amek flight pagi sebabnya kami nak jimat waktu kat sana, yela pergi sana pun tak lama... ni kes terpaksa jugak amek flight pagi untuk elakkan pembaziran hotel. huhu. pukul 4.30pagi dah gerak ke KLIA2, nasib baik pakcik nak tolong hantarkan kami ke sana. huhuhu. sampai je KLIA2 pukul 5.30pagi terus check-in luggage. tak rasa mengantuk pun time ni, maybe sebab excited nak ke sana kut. wishlist tuuuuuuuuu. lepas je check-in, kami decided nak terus masuk sebab nak breakfast kat dalam je. tu pun makan roti je, makan berat-berat dalam flight nanti.
perjalanan dari Malaysia ke Krabi, Thailand mengambil masa 1jam 30minit je.. takdelah jauh mana. dalam flight tu makan lepastu tidur. oh ya, dalam flight nanti diaorang akan bagi satu kertas yang memerlukan kita untuk isi butiran-butiran kita, so kena tahu nama hotel, alamat hotel & yang paling penting sekali jangan lupa bawak pen. takde lah kelam kabut nak pinjam orang sana sini. bukan hanya untuk ke Krabi je, kemana mana tempat pun diaorang akan bagi kertas tu. so be prepared ok? kertas tu korang akan bagi masa check Imegresion nanti. dalam masa yang sama, sambil melihat pemandangan awam pagi tu cantik sangat. sejuk je tengok, indah sungguh ciptaan Tuhan.
INTERNATIONAL KRABI AIRPORT
sampai je di International Krabi Airport pukul 7.50pagi waktu Thailand, kalau waktu Malaysia pukul 8.50pagi. kami terus check passport di Imegresion & bagi la kertas tadi tu dekat dia. dah siap semua, kami pun amek beg & terus cari teksi nak ke hotel. jangan risau, bagi yang takde amek driver, kalau korang keluar je dari airport tu ramai sangat pakcik abang teksi menunggu, so pilih je. yang penting tanya dulu berapa kos untuk ke resort korang, kadang kadang ada yang cekik darah. nasib ler. alhamdulillah kami dapat pakcik yang sporting. best je bila borak dengan dia, nasib dia faham bahasa melayu. oh ya, tak semua kat sini pandai cakap melayu tau, so korang kena speakinglah. tapi ada jugak yang tak boleh speaking, jadi terpaksalah tunjuk bahasa isyarat je hahahaha.
REVIEW AONANG PRINCEVILLE RESORT
perjalanan dari Airport ke resort mengambil masa 45minit. resort kami di Aonang berhadapan dengan pantai. terus terang cakap, resort yang kami tinggal ni rate dia agak tinggi dari resort lain. sebab apa Wanee pilih resort ni, sebab dia terletak di tengah-tengah bandar Aonang. jadi senang nak kemana-mana. resort ni merupakan 4 star resort, kira mahal jugaklah untuk satu malam. jangan risau, banyak lagi resort yang boleh dipilih, dari berbintang-bintang sampailah takde bintang. apapun berbaloilah, sebab tempat dia memang cantik, bersih & servis dia pun tiptop. restoran resort ni juga ada sijil halal, jadi jangan ragu ragu untuk yang muslim menginap disini. di resort ni juga mempunyai spa, bagi sape sape rasa nak mengurut tu boleh la cuba. Krabi tempat dia memang penuh dengan tukang urut. Wanee sarankan booking pakai Trivago untuk dapatkan rate yang lagi rendah.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
petang tu kami turun jalan jalan kat bawah, sebab masing masing dah kebulur. resort kami ni boleh dikatakan strategik la jugak sebabnya keluar je terus ada deretan kedai. kalau nak merayau malam malam pun tak kisah. untuk hari yang pertama ni, kali takde aktiviti lagi selain berjalan di kawasan Aonang tu. kat sini pun tak habis berjalan tau. besok baru ada aktiviti yang best.
PANCAKE COKLAT PISANG
pancake dekat Krabi ni merupakan salah satu tarikan pelancong. sedap dia tak payah cakaplah, disebabkan kedai dia dekat luar resort tu je, setiap masa kalau rasa teringin nak makan terus pergi beli. macam macam perisa ada, korang just tinggal pilih je. semuanya sedap sedap.
RESTORAN BANGBOO HALAL SEAFOOD
untuk malam yang pertama, kami makan di Bangboo Halal Seafood. restoran ni tidak jauh dari tempat penginapan kami, cuma 8 minit berjalan kaki. restoran ni merupakan salah satu restoran yang wanee senaraikan. melihat pada blogger-blogger yang lain, restoran ni juga merupakan tarikan para pelancong yang datang ke bandar Aonang ni. harga dia boleh tahan mahal, tapi biasalah tempat pelancongan kan.
8 SEPTEMBER 2016
kami mula dengan aktiviti kami iaitu Island Hoping. jangan risau, kat sini banyak pakej yang mereka sediakan. tinggal pilih je yang mana nak. macam wanee pilih untuk ke semua pulau. antaranya ialah :
PANCAKE COKLAT PISANG
pancake dekat Krabi ni merupakan salah satu tarikan pelancong. sedap dia tak payah cakaplah, disebabkan kedai dia dekat luar resort tu je, setiap masa kalau rasa teringin nak makan terus pergi beli. macam macam perisa ada, korang just tinggal pilih je. semuanya sedap sedap.
RESTORAN BANGBOO HALAL SEAFOOD
untuk malam yang pertama, kami makan di Bangboo Halal Seafood. restoran ni tidak jauh dari tempat penginapan kami, cuma 8 minit berjalan kaki. restoran ni merupakan salah satu restoran yang wanee senaraikan. melihat pada blogger-blogger yang lain, restoran ni juga merupakan tarikan para pelancong yang datang ke bandar Aonang ni. harga dia boleh tahan mahal, tapi biasalah tempat pelancongan kan.
8 SEPTEMBER 2016
kami mula dengan aktiviti kami iaitu Island Hoping. jangan risau, kat sini banyak pakej yang mereka sediakan. tinggal pilih je yang mana nak. macam wanee pilih untuk ke semua pulau. antaranya ialah :
- Phi Phi Island
- Chicken Island
- Princess Island
- Poda Island