16/9/2017
BREAKFAST
BREAKFAST
bangun pagi tu siap-siap semua & turun gi breakfast. sedap sedap jugak breakfast yang dia sediakan. ada bakso, bihun sup, nasi goreng, roti & macam macam lah. cakap je nak makan apa. huhu. waktu untuk breakfast dekat hotel ni dari jam 7.00am sehingga 10.00am.
TUNJUNGAN CONVENTION CENTER
10.30am - tempat pertama yang kami pergi adalah Tunjungan Plaza, mall ni merupakan mall yang paling besar dekat Surabaya, boleh sesat tau kalau masuk dalam ni. kat Tunjungan Plaza ni pun ada Sogo tau, haaaa ingat KL je ada? harga dekat sini lebih kurang je harga dekat KL tu. Tunjungan ni buka pukul 9.00am sehingga 9.00pm. duduk dalam mall ni pun dah nak dekat 2jam. kat sini wanee beli baju dengan beg, jumlah melabur 499,000rupiah (RM160).
JAMBATAN MERAH
1.00pm - tak tahu kenapa nama dia jambatan merah.. yang ni pun mall jugak. kami pergi sini sebab nenek nak cari kain batik, kain sutera dan macam macam kainlah. kat sini memang banyak pilihan. wanee cari jubah warna putih dekat sini, lawa memang tak payah cakaplah. harga pun berpatutan. lepas cari jubah, cari pulak telekung. rambang mata dibuatnya.
LUNCH DI WARUNG BU KRIS
2.15pm - sebelum pergi Surabaya, wanee ada jugaklah search tempat makan yan best best dekat sini. ni salah satu restoran yang wanee dapat, ramai jugak orang Malaysia datang sini, diaorang kata sedap pun sedap. kat sini aneka makanan dia banyak & macam macam, tapi macam biasalah yang paling popular adalah Ayam Penyet. jadi kami semua makan benda yang sama, iaitu Ayam Penyet. untuk sambal dia je boleh bagi 10/10 sebab memang pedas & sangat sedap. cuma ayam dia terlalu kecik, jadi tak puas makan. total makan tengahari tu dalam RM130 untuk 8 orang.
NIKE FACTORY STORE
4.30pm - hari pun dah petang, kita sambung lagi berjalan ke Nike Factory Store yang terletak tidak jauh dari bandar Surabaya. harganya takde beza sangat dengan harga dekat Malaysia tu, cuma biasalah nak jugak barang kenang kenangan dari Surabaya kan, apa salahnya hahaha. kat sini wanee beli kasut sport yang harganya dalam lingkungan RM210 (harga selepas discount). time kami datang ni memang tetaplah sebab Nike tengah buat promotion selama 2hari. rezeki lah.
PLAZA SURABAYA
last destinasi untuk hari yang pertama kami pergi ke Plaza Surabaya. kami memang banyak pergi Mall je, sebab kebanyakan temapat yang best best semua jauh-jauh kata Pak Supir dalam 3-4jam dari bandar Surabaya. Tapi Mall kat sini tak kurang gahnya.
malam tu semua dah kepenatan, jadi semua malas nak keluar. jadinya, makan jela apa yang ada dekat hotel tu.