17/7/2017
hari kedua ni kami pergi jauh sikit, kami berjalan ke Malang. dari Surabaya ke Malang perjalanan dia lebih tahan jauh jugak, 2jam45minit. macam balik kampung je rasa. so macam biasa lah, wanee kalau naik kereta je mesti tidur. tak sempat nak amek gambar pemandangan sepanjang perjalanan tu.. lagipun hari tu wanee tak sihat, batuk dengan selsema. singgah Apotek (klinik) beli ubat, lepas makan ubat tu biasalah mengantuk. tidur sepanjang jalan. bangun-bangun je dah sampai.
Ubat selsema & demam. |
BUTIK CITRA
butik Citra ni adalah butik yang paling famous dekat Malang, kedai ni jual kain ela, batik & sebagainya. kalau ibu-ibu sukalah masuk. harga dia memang murah, kat sini je wanee beli 20helai kain jenis chiffon untuk dibuat tudung. rambang sangat mata nak pilih warna. makcik wanee beli kain nak buat baju sampai 10helai. kain dia pulak memang cantik-cantik. kat sini je rasa dah 3jam menunggu huhuhuhu.
MASJID MUHAMMAD CHENG HOO PANDAAN, PASURUAN
lepas je shopping kain, kami teruskan perjalanan. tapi sebelum tu kami berhenti di Masjid Muhammad Cheng Hoo untuk solat zohor. Sejarah Masjid Muhammad Cheng Hoo ni mula di bangunkan pada tahun 2003 dan dirasmikan pada tahun 2008. Nama Muhammad Cheng Hoo merupakan nama dari seorang laksamana yang terkenal dari Tiongkok yang pernah melakukan ekspedisi bersejarah pada zaman dulu. Salah satu tempatnya di Indonesia ni la tempat persinggahan Laksamana Cheng Hoo ni. Dalam masa yang sama, Laksamana ni jugak sebarkan agama Islam kepada penduduk-penduduk di situ. Tempat ni memang cantik & strategik, terletak di tengah-tengah bandar. Selain daripada kami berhenti untuk solat, boleh juga hilangkan penat dengan melihat kemegahan & keunggulan Masjid Cheng Hoo ni. superb lawa.
LUNCH DI OCEAN GARDEN GROUP
rrestoran ni menyajikan pelbagai aneka makanan, contohnya makanan Jawa, seafood & sebagainya. kalau di Indonesia, memang takkan lari daripada Ayam Penyet. mana mana restoran yang kami pergi mesti ada je. so haritu nak try masakan lain la pulak, wanee try Nasi Goreng Seafood dia. nampak macam menarik gambar dalam menu. yang lain ada yang order Ayam Penyet, ada yang order Ayam Bakar Pontianak hahahaha nama pun dah seramkan? apa yang special Ayam Bakar Pontianak tu? kalau korang nak tahu, sambal untuk ayam tu 10kali ganda lebih pedas daripada sambal Ayam Penyet dia. boleh terbakar lidah. masing masing makan dengan berbekalkan 2 ais kosong setiap sorang. ha bayangkan pedas macam mana. memang ke toilet la jawabnya lepas tu. mana yang nak datang ke Malang, you guys should try "Ayam Bakar Pontianak". servis pun bagus, boleh bagi 4.5bintang.
Makan bersila tuuuuu. |
ISTANA OLEH OLEH BRAWIJAYA, KOTA BATU
dah puas jalan, sekarang masanya untuk beli jajan untuk bawa pulang ke Malaysia. macam macam adaaaa. kat sini bukan hanya ada kerepek, kerepek je. baju, sandal, beg & macam macamlah. tempat ni memang jadi kunjungan ramai orang kalau datang ke Malang.
selain itu, dekat Malang ni juga famous dengan buah apple yang segar bugar. macam macam jenis apple ada. masam masam manissss. kami singgah kat tepi jalan je beli buah apple ni. supir yang bawak kiteorang ni memang asal dari Malang, so dia tahu kat mana kedai apple yang sedap.
MALANG STRUDLE OLEH OLEH, KOTA MALANG
sebelum balik ke Surabaya, tak bestlah kalau tak pekena Srudle dekat Malang ni. Malang Strudel ni sebenarnya adalah kek lapis yang mempunyai pelbagai perisa buah-buahan. Sebenarnya, kek lapis ni famous dekat Austria. lepas tu owner dia bukak cawangan dekat Malang ni. sebab kat Malang memang famous dengan buah-buahan. wanee try perisa coklat, so yummy!
selesai berjalan untuk harini, marilah pulang ke hotel & packing-packing barang. besok nak balik Malaysia dah.
18/7/2017
pagi tu kami check out awal, sebab flight kami tengahari. masing masing muka sedih je nak tinggalkan Surabaya ni. tak puas berjalan rasanya. hehehehe.
get ready untuk terbang. goodbye Surabaya. see you when I see you.
itu sahaja kisah percutian Wanee ke Surabaya untuk kali ni.. sebenarnya kalau nak cerita satu tempat ke satu tempat tak cukup dengan hanya satu post, ni pun wanee dah ringkas seringkas ringkasnya tapi padat. apapun, trip yang sangat best bersama family. walaupun percutian kali ni singkat, tapi ia memberi banyak pengalaman terindah buat wanee, kali ikutkan hati memang nak stay lama lagi dekat sana, tapi apakan daya masa tidak mengizinkan. terima kasih kerana membaca, enjoy! next kita bercuti ke mana ya?