Ini adalah percutian pendek Wanee di negeri bersejarah iaitu Melaka. Trip kalini Wanee bersama kawan-kawan Wanee, Kak Shahira, Kak Atiqah & Shazzany. kami tak stay sana pun, balik hari je. sebab tak jauh dari KL. walaupun belajar dekat Melaka, tapi jarang jugak jalan-jalan ke bandar. plan nak pergi tempat lain, tapi kawan Wanee teringin sangat nak ke sana, katanya sana banyak tempat makan best-best & tempat yang menarik.
Awal pagi Sabtu tu kami gerak ke Melaka agak awal, takut jem. alhamdulillah, perjalanan lancar. kalau dari KL ke Tol Ayer Keroh cuma 1jam 30minit je, tak jauh mana. kalau nak elak jem, better gerak awal. singgah RnR Seremban, alas perut dulu. then teruskan perjalanan.
COCONUT SHAKE, KLEBANG
tempat pertama yang kami pergi ialah Pantai Klebang. tarikan kat sini adalah Coconut Shake. memang so yummy! tapi jem dia tak payah cakaplah, tambah lagi dengan beratur yang agak panjang. sanggup tak sanggup je tunggu. demi Coconut Shake.
PANTAI KLEBANG
kat sini kiteorang berhenti kejap je, selfie-selfie amek gambar buat kenang-kenangan.
KUIH KERIA ANTARABANGSA
seterusnya sambung lagi perjalanan kami ke Kuih Keria Antarabangsa. ni semua penangan viral. nak try la sedap ke tak kan... kat sini tahap kesabaran kena ada. beratur kemain panjang macam nak tengok konsert. harga sebijik kuih keria RM0.60. Jadi kami beli RM6.00 dapat 10 biji.
BANDAR BERSEJARAH MELAKA
asik makan je, moh ler kita berjalan pulak.
dah petang, moh ler kita balik. takut jem pulak nanti.

